Saya sebagai penasihat kewangan akan memberi nasihat dan cadangan kepada anda mengenai pemilihan dana yang sesuai kepada anda mengikut
portfolio anda dan saya juga akan menyelia pengurusan pelaburan anda dari masa ke semasa.
Berikut adalah perkara asas yg perlu diambil kira untuk menggandakan pelaburan anda!
Berikut adalah 3 perkara asas pemilihan pelaburan dana.

Adalah penting untuk mengetahui objektif pelaburan terlebih dahulu, sama ada inginkan pelaburan jangka masa sederhana atau panjang,

Penilaian risiko bagi sesuatu dana boleh dilihat dari factsheets sesuatu dana. Lagi tinggi tahap turun naik (volatility) sesuatu dana, maka lagi tinggi risiko perlu diambil kira. Tahap volatiity adalah ditentukan oleh pengurus sesuatu dana yang melabur di pelbagai aset dan sektor yang berbeza dan mempunyai objektif yang berbeza.
.jpg)
Selepas membuat keputusan yang jenis dana untuk melabur, para pelabur harus melihat prestasi lepas dana tersebut. Prestasi lepas harus dinilai dalam tempoh 1 tahun,3 tahun, 5 tahun dan semenjak ditubuhkan. Walaubagaimanapun, prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan, kita hanya dapat mengetahui keupayaan pengurus dana tersebut.
Berikut adalah 5 perkara asas pengurusan pelaburan dana.
Beli dan Pegang- Juga dikenali Buy and Hold Strategy. Satu strategi pelaburan pasif dan yang paling penting di mana pelabur membeli saham dan memegang mereka untuk tempoh masa yang panjang, tidak kira turun naik pasaran.
Pengagihan Pelaburan - Juga dikenali Distribution of Investment. Mempelbagaikan pelaburan di beberapa kelas aset sesuatu dana adalah sangat penting untuk mengurangkan risiko. Terdapat 3 jenis pertumbuhan sesuatu dana iaitu Conservative Growth, Moderate growth dan Aggressive Growth.
Melabur kepada satu dana sahaja atau melabur kesemuanya pada dana yang mempunyai pertumbuhan yang agresif sahaja akan terdedah kepada risiko yang tinggi, Pengagihan pelaburan kepada beberapa kadar pertumbuhan yang berbeza sesuatu dana mampu mengurangkan risiko.
Pertukaran - Juga dikenali sebagai Switching. Semasa anda memegang sesuatu dana, penukaran dana dalam satu syarikat yang sama boleh dilakukan. Pertukaran dana adalah salah satu strategi dalam pelaburan Unit Amanah yang dikaitkan dengan keadaan pasaran.Penasihat kewangan akan memberitahu anda jika pertukaran perlu dilakukan.
Contoh: anda memegang dana ekuiti dan pasaran tidak stabil dan akan turun, anda boleh menukar dana ekuiti anda kepada dana bon untuk mengunci keuntungan anda. Dana bon adalah lebih stabil dan tidak akan terjejas teruk oleh pergerakan pasaran saham. Apabila pasaran saham adalah stabil dan meningkat, anda boleh menukar kembali dana bon anda kepada dana ekuiti.
Mengimbangi semula portfolio- Juga dikenali Portfolio Re-Balancing
merupakan proses mengimbangi semula portfolio anda ke dalam campuran yang bersesuaian dari saham, bon dan wang tunai apabila mereka tidak lagi sesuai dengan rencana anda.
Anda mula melabur 50% dalam ekuiti dan 50% dalam dana pendapatan tetap. 1 tahun kemudian, pelaburan ekuiti anda meningkat dan kini portfolio anda terdiri daripada 80% ekuiti dan 20% dana pendapatan tetap. Untuk mengimbangi semula portfolio anda, anda perlu menjual 30% daripada jumlah dana anda dalam ekuiti dan melabur dalam dana pendapatan tetap supaya portfolio dikekalkan.
Ini merupakan prinsip yang mudah untuk membeli rendah dan menjual tinggi.
Pemurataan Kos Ringgit - Juga dikenali Ringgit Cost Averaging adalah kaedah pelaburan dengan melabur satu amaun tetap ke dalam instrumen pelaburan dalam satu jangkamasa yang ditetapkan tanpa mengira harga semasa instrumen pelaburan tersebut..
Contoh:
No comments:
Post a Comment